Khamis, Januari 29, 2009

Manusia Dan Anggota Badan

Setiap anggota badan manusia mempunyai kelebihan dan kepentingannya sendiri. Namun tahukah anda bahawa kita sebagai manusia tidak boleh melakukan satu perkara yang mustahil dengan anggota badan kita..
1. SIKU
Kita sebagai manusia tidak dapat MENJILAT siku kita sendiri. Kalau anda tidak percaya, cubalah menjilat siku anda sendiri. Tentu tidak dapat bukan? Saya percaya ketika anda membaca petikan ini, anda telah mencuba menjilat siku anda sendiri..

2. TELINGA

Kita dapat melihat seluruh anggota badan kita namun kita tidak dapat melihat telinga kita sendiri. Kalau anda tidak percaya, cubalah untuk menoleh bagi melihat telinga anda sendiri.Tentu tidak dapat bukan?

3. PERGELANGAN SENDI ANTARA SIKU DAN PERGELANGAN TANGAN

Tahukah anda? Saiz tapak kaki kita adalah sama dengan jarak di antara pergelangan sendi siku dengan pergelangan tangan anda. Kalau tidak percaya, letakkan tangan anda dalam keadaan menadah dan letakkan tapak kaki anda di antara pergelangan siku serta pergelangan tangan anda tadi. Tentu sama saiz bukan?

2 ulasan:

Toh Chee Leong's Collections berkata...

Hahaha. Kena baca blog anda, kena pula buat sedikit latihan.

Menarik dan aneh! Pelik tapi benar. Ciptaan Tuhan memang unik.

Putera SM berkata...

haha..memang aneh tapi benar..jika kita mengkaji keunikan tersebut kita akan mengetahui rahsia di sebalik ciptaan Tuhan. Terima kasih kerana anda telah mencuba tentang pelik tapi benar mengenai anggota badan anda.hahaha..TQ