Khamis, Januari 29, 2009

Manusia Dan Anggota Badan

Setiap anggota badan manusia mempunyai kelebihan dan kepentingannya sendiri. Namun tahukah anda bahawa kita sebagai manusia tidak boleh melakukan satu perkara yang mustahil dengan anggota badan kita..
1. SIKU
Kita sebagai manusia tidak dapat MENJILAT siku kita sendiri. Kalau anda tidak percaya, cubalah menjilat siku anda sendiri. Tentu tidak dapat bukan? Saya percaya ketika anda membaca petikan ini, anda telah mencuba menjilat siku anda sendiri..

2. TELINGA

Kita dapat melihat seluruh anggota badan kita namun kita tidak dapat melihat telinga kita sendiri. Kalau anda tidak percaya, cubalah untuk menoleh bagi melihat telinga anda sendiri.Tentu tidak dapat bukan?

3. PERGELANGAN SENDI ANTARA SIKU DAN PERGELANGAN TANGAN

Tahukah anda? Saiz tapak kaki kita adalah sama dengan jarak di antara pergelangan sendi siku dengan pergelangan tangan anda. Kalau tidak percaya, letakkan tangan anda dalam keadaan menadah dan letakkan tapak kaki anda di antara pergelangan siku serta pergelangan tangan anda tadi. Tentu sama saiz bukan?

Sabtu, Januari 10, 2009

KETAHUILAH

Apabila Anda mengenali seseorang adakah, adakah anda sedar dengan hanya  

SEMINIT untuk mengenali dirinya
SEJAM untuk menyukai dirinya
SEHARI untuk menyintai dirinya
Tetapi SEUMUR HIDUP untuk melupakan dirinya.

Oleh itu, hargailah INSAN yang berada di sekeliling anda kerana begitu senang kita mengenalinya tetapi begitu sukar untuk kita melupakannya. Renung-renungkanlah..

Jumaat, Januari 09, 2009

5 PERKARA BOS PERLU TAHU..

Salam pertemuan salam mesra. Buat tatapan anda sebagai BOS atau anda yang bakal menjadi BOS. Tentu bukan mudah untuk menjadi BOS yang baik dan dihormati oleh anak buah anda namun jika anda memandang rendah atau tidak menghiraukan beberapa perkara seperti di bawah, maka keberangkalian anda untuk menjadi BOS yang baik dan disegani adalah tipis. Oleh itu, fikir-fikirkanlah tentang perkara seperti berikut supaya anda dapat merenung dan melihat kembali sejauh mana kepimpinan anda sebagai BOS yang disegani dan dihormati.

1. MEMBERI SALAM
  • Pernahkah anda melihat atau mendengar BOS anda mula memberi salam kepada anda? Jarang sekali kita perhatikan BOS memberi salam terlebih dahulu kepada anak buahnya TETAPI  anak buahnya sentiasa memberi salam kepada BOSnya DAN kadangkala BOSnya tidak menjawab salam tersebut. Jika anda ingin menjadi BOS yang baik dan dihormati anak buah anda, MULAKAN memberi salam kepada mereka tanpa menunggu mereka menyapa anda terlebih dahulu.
2. BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS
  • Seringkali BOS tidak hadir pada majlis-majlis kecil atau program yang dianjurkan oleh staf bawahannya dan sebaliknya BOS menyerahkan kehadiran tersebut kepada pembantunya. Tanpa BOS sedari,  dia telah mengecewakan staf bawahannya dengan perkara ini. Oleh yang demikian, jika anda sebagai BOS, luangkan masa anda untuk bersama-sama dengan staf anda dalam majlis-majlis atau program bersama mereka kerana jika anda ingin dihormati, maka anda perlu menghormati orang lain terlebih dahulu.
3. MEMBERI PENGHARGAAN
  • Pernahkah BOS anda memberi penghargaan kepada anda? Jarang kita melihat BOS memberi penghargaan kepada anak buahnya walaupun perkara tersebut amat mudah dilakukan. Berilah penghargaan kepada anak buah anda sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Berilah sedikit ruang untuk anda mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada anak buah anda sekiranya mereka menyambut tarikh kelahiran mereka. Ucapan dan penghargaan yang tidak seberapa ini dapat membuat mereka terasa dihargai dan mengukuhkan lagi kesetiaan mereka untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan."Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa".
4. KAKITANGAN @ KELUARGA DI PEJABAT
  • BOS seringkali menganggap staf atau anak buahnya sebagai pekerja sahaja dan jarang menganggap mereka sebagi keluarga di tempat kerja. Ini menyebabkan mereka tidak di ambil kira tentang emosi dan permasalahan yang mereka hadapi. Layanlah mereka sebagai keluarga anda kerana mereka adalah keluarga kedua anda di pejabat. Bayangkan jika anda melayan keluarga anda sendiri dengan menganggap mereka sebagai pekerja di rumah anda. Apakah perasaan mereka? Tepuk dada, tanya minda.
5. BERIKAN HAK KAKITANGAN ANDA
  • Jangan halang HAK kakitangan anda jika anda BOS mereka. Hormatilah dan tunaikanlah hak-hak mereka seandainya mereka memerlukan anda. Hadirlah pada setiap jemputan yang mereka adakan. Bantulah dan hulurkanlah sumbangan jika mereka ditimpa musibah. Jangan berhitung dengan kuantiti yang anda berikan tapi ambil kira kualiti yang anda lakukan. Perkara seperti ini memberi impak dan besar nilainya disisi mereka walaupun apa yang anda lakukan tidaklah seberapa.

Rabu, Januari 07, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009