Rabu, Ogos 05, 2009

Acara Regatta Sarawak 2009

Pada 31.07.2009 yang lepas, penulis berkesempatan berkunjung ke Kuching untuk menyaksikan acara Regatta Sarawak 2009 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching pada 31.07.09 - 02.08.09. Suasana yang meriah dan keadaan tebingan yang sesak dengan pengunjung yang datang menyaksikan acara regata tersebut. Penulis hanya berkesempatan untuk melihat beberapa acara sahaja kerana keadaan yang agak sesak dan masa yang amat singkat bagi penulis berada di tebingan tersebut. Kesempatan ini turut memberi ruang kepada penulis untuk mengambil beberapa gambar acara regatta tersebut.











"OFIS BERGERAK" JURUTERA AWAM DI MUKAH

Pada 04.08.2009 yang lepas, kira-kira 2 hari yang lepas, penulis bersama-sama dengan Jurutera Awam JKR Mukah iaitu Engr. Toh Chee Leong ke sebuah kawasan di Kpg. Jebungan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kerja beliau. Apa yang mengkagumkan penulis adalah beliau sanggup membawa sebuah laptop dan printer ke tempat tersebut membuktikan kerja beliau dapat dibuat di sana. Wah, macam ofis bergerak la pulak. Tetapi penulis berbangga dengan beliau kerana kerajinan beliau yang sanggup turun padang dan sanggup membuka "ofis bergerak" beliau bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. Sifat ini perlu dicontohi oleh pegawai yang lain kerana kita perlu tahu bahawa keadaan di lapangan tidak menghalang kita untuk membuat tugasan seperti menaip dan membuat cetakan (print) yang berkaitan dengan tugas kita. "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Tahniah kepada Engr. Toh kerana kerajinan beliau yang tidak mengenal tempat dan masa.

Gambar Menunjukkan Engr. Toh sedang menaip sesuatu

Pandangan dari sudut sebelah kiri

Apakah yang sedang dibuat oleh beliau??

Sebuah Laptop dan printer yang dibawa beliau sebagai "ofis bergerak"

Isnin, Ogos 03, 2009

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Yang Baru

Kunjungan saya ke Kuching pada 01 Ogos 2009 yang lepas memberikan saya ruang untuk melihat sendiri bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara lebih dekat (walaupun dari luar sahaja).

Pintu gerbang ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 yang berlangsung pada 26-30 Julai 2009.

Pandangan dari sudut kanan mengambarkan pintu gerbang dengan bangunan DUN Sarawak yang baru.

Pandangan dari hadapan jalan masuk ke bangunan DUN Sarawak yang baru.

Pandangan dari jalan masuk ke DUN Sarawak yang baru.

Pandangan bangunan DUN Sarawak yang baru menggunakan mode B/W

Pandangan bangunan DUN Sarawak yang baru dari sisi di Pangkalan Sapi

Pandangan bangunan DUN Sarawak dari atas bangunan Medan Pelita

Sudut pandangan yang mempamerkan tulisan "Dewan Undangan Negeri Sarawak" yang boleh dilihat dari waterfront.

Pandangan bangunan DUN Sarawak yang baru dari jarak jauh.

Selasa, Julai 28, 2009

GAMBAR AKSI PEKERJA MENYAMBUNG KABEL SESCO DI MUKAH

Gambar menunjukkan aksi para pekerja yang sedang memasang kabel elektrik berkuasa tinggi di Mukah. Gambar tersebut di ambil berhampiran dengan SMK Mukah. Risiko yang tinggi sanggup di ambil oleh pekerja ini untuk memasang kabel tersebut. Kita patut bersyukur kerana dengan bantuan mereka, kita dapat menikmati kemudahan elektrik yang ada sekarang. Aspek keselamatan turut diutamakan oleh pekerja tersebut. Di sini diselitkan beberapa gambar aksi keberanian para pekerja tersebut melakukan tugas mereka.

Pandangan dari jarak jauh

Aksi pekerja memasang kabel elektrik di salah sebuah tiang

Kelihatan 2 orang pekerja sedang "bergayut" untuk melakukan tugas mereka

Pemandangan dari jarak jauh para pekerja melakukan tugas mereka

Aksi para pekerja menyambung kabel

Kelihatan aksi pekerja tersebut dengan beraninya

Para pekerja sedang melakukan tugas mereka

Ahad, Julai 19, 2009

TIPS MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

1. FIKIRKAN BOLEH
Mengapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, mengapa anda tidak? Tiada yang mustahil sebelum kita mencuba. Ingatlah lirik lagu ini " Jika Kau Fikirkan Kau Boleh, Engkau Pasti Boleh Melakukan, Jika Kau Fikirkan Ragu-Ragu, Usahamu Tidak Menentu..". Jadi, sematkan dalam minda kita bahawa kita boleh melakukan tetapi INGAT!!! Jangan menggunakan cogan kata ini untuk perbuatan yang tidak baik dan tidak berfaedah.

2. ANDA BUKAN GAGAL, TETAPI BELUM BERJAYA
Jangan cepat melabelkan diri anda sebagai GAGAL sekiranya anda tidak dapat melakukan sesuatu. Ini boleh menyebabkan sifat diri anda tergugat dan anda akan berasa rendah diri, kecewa dan cepat mengalah. Ini boleh memberikan kesan yang buruk dalam kehidupan anda. SEDARLAH...Anda bukan Gagal, tetapi Belum Berjaya..Mungkin anda perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi mengapa harus berhenti sekarang?? Mulakan langkah anda dan pasti anda sedang menuju puncak kejayaan.

3. BERDIKARI
Ramai di kalangan manusia suka bergantung kepada orang lain. Namun mereka tidak sedar hakikat bahawa setiap manusia mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Anda juga mempunyai kelebihan sendiri tetapi anda belum tahu di mana kemampuan anda tersebut. Apa yang anda perlu lakukan, kenali potensi diri anda dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya tanpa bergantung kepada orang lain kerana hanya anda sahaja yang tahu kekuatan yang anda miliki dalam diri anda.

4. RUJUK MATLAMAT HIDUP ANDA
Setiap manusia mempunyai matlamat dan impian hidup sendiri. Begitu juga anda. Setiap awal tahun kita akan berazam untuk mencapai matlamat yang kita impikan. Sekiranya anda merasakan anda berada pada landasan yang betul untuk mencapai matlamat anda, teruskan usaha tersebut. Pasti Anda akan mencapainya kelak.

5. PERTINGKATKAN ILMU DAN PENGETAHUAN
Mungkin bukan kerana anda tidak berjaya tapi anda mungkin belum mempunyai ilmu dan pengetahuan yang banyak. Jadi, tuntutlah ilmu dan pengetahuan sebanyak yang mungkin melalui pendidikan formal dan tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat dan jika anda belajar melaluinya, anda akan menjadi seorang yang hebat. Apakah sistem tersebut? Jawapannya adalah PENGALAMAN.

6. BERI SEDIKIT MASA UNTUK BERJAYA
Seperti bercucuk tanam, kita akan menanam biji benih, membaja, merumput, menyiram dan akhirnya ia akan tumbuh sebelum hasilnya kita nikmati. Begitu juga dengan kehidupan anda dalam karier dan kerjaya anda. Berilah sedikit masa untuk berjaya kerana anda sedang mendaki tangga kejayaan yang pastinya akan membawa anda sampai ke puncak kejayaan tersebut.

7. DOA
Setiap perkara yang anda lakukan jika diiringi dengan doa pasti akan mencapai kejayaan. Sentiasalah berdoa kepada Tuhan Yang Maha Maha Esa memohon petunjuk dan jalan untuk anda mencapai kejayaan dalam hidup kerana usaha yang anda lakukan dan diikuti dengan doa pasti akan membawa anda ke arah kejayaan yang diimpikan.

Selasa, Julai 07, 2009

UJI MINDA ANDA


Terdapat beberapa rajah seperti yang dibawah. Jika anda dapat menguji minda anda, maka anda dapat mengawal otak anda..Cubalah dan alami sendiri pengalaman anda!!!!















Khamis, Jun 18, 2009