Jumaat, Januari 09, 2009

5 PERKARA BOS PERLU TAHU..

Salam pertemuan salam mesra. Buat tatapan anda sebagai BOS atau anda yang bakal menjadi BOS. Tentu bukan mudah untuk menjadi BOS yang baik dan dihormati oleh anak buah anda namun jika anda memandang rendah atau tidak menghiraukan beberapa perkara seperti di bawah, maka keberangkalian anda untuk menjadi BOS yang baik dan disegani adalah tipis. Oleh itu, fikir-fikirkanlah tentang perkara seperti berikut supaya anda dapat merenung dan melihat kembali sejauh mana kepimpinan anda sebagai BOS yang disegani dan dihormati.

1. MEMBERI SALAM
  • Pernahkah anda melihat atau mendengar BOS anda mula memberi salam kepada anda? Jarang sekali kita perhatikan BOS memberi salam terlebih dahulu kepada anak buahnya TETAPI  anak buahnya sentiasa memberi salam kepada BOSnya DAN kadangkala BOSnya tidak menjawab salam tersebut. Jika anda ingin menjadi BOS yang baik dan dihormati anak buah anda, MULAKAN memberi salam kepada mereka tanpa menunggu mereka menyapa anda terlebih dahulu.
2. BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS
  • Seringkali BOS tidak hadir pada majlis-majlis kecil atau program yang dianjurkan oleh staf bawahannya dan sebaliknya BOS menyerahkan kehadiran tersebut kepada pembantunya. Tanpa BOS sedari,  dia telah mengecewakan staf bawahannya dengan perkara ini. Oleh yang demikian, jika anda sebagai BOS, luangkan masa anda untuk bersama-sama dengan staf anda dalam majlis-majlis atau program bersama mereka kerana jika anda ingin dihormati, maka anda perlu menghormati orang lain terlebih dahulu.
3. MEMBERI PENGHARGAAN
  • Pernahkah BOS anda memberi penghargaan kepada anda? Jarang kita melihat BOS memberi penghargaan kepada anak buahnya walaupun perkara tersebut amat mudah dilakukan. Berilah penghargaan kepada anak buah anda sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Berilah sedikit ruang untuk anda mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada anak buah anda sekiranya mereka menyambut tarikh kelahiran mereka. Ucapan dan penghargaan yang tidak seberapa ini dapat membuat mereka terasa dihargai dan mengukuhkan lagi kesetiaan mereka untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan."Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa".
4. KAKITANGAN @ KELUARGA DI PEJABAT
  • BOS seringkali menganggap staf atau anak buahnya sebagai pekerja sahaja dan jarang menganggap mereka sebagi keluarga di tempat kerja. Ini menyebabkan mereka tidak di ambil kira tentang emosi dan permasalahan yang mereka hadapi. Layanlah mereka sebagai keluarga anda kerana mereka adalah keluarga kedua anda di pejabat. Bayangkan jika anda melayan keluarga anda sendiri dengan menganggap mereka sebagai pekerja di rumah anda. Apakah perasaan mereka? Tepuk dada, tanya minda.
5. BERIKAN HAK KAKITANGAN ANDA
  • Jangan halang HAK kakitangan anda jika anda BOS mereka. Hormatilah dan tunaikanlah hak-hak mereka seandainya mereka memerlukan anda. Hadirlah pada setiap jemputan yang mereka adakan. Bantulah dan hulurkanlah sumbangan jika mereka ditimpa musibah. Jangan berhitung dengan kuantiti yang anda berikan tapi ambil kira kualiti yang anda lakukan. Perkara seperti ini memberi impak dan besar nilainya disisi mereka walaupun apa yang anda lakukan tidaklah seberapa.

2 ulasan:

Toh Chee Leong's Collections berkata...

Dah baca & dah tahu dah. Apa yang anda nilaikan tentang diri saya sebagai you pun immediate boss?
Sila berikan kritikan yang membina?haahaaaa. jangan takut kena marah BOS.

Putera SM berkata...

Apa yang dinyatakan adalah dari kajian saya..Actually semenjak saya bekerja dalam satu sekyen bersama anda, anda merupakan BOS yang baik dan terbaik berbanding seksyen lain.hahaha..But boleh dipertingkatkan lagi skill kepimpinan dan ketrampilan personaliti sebagai BOS yang disegani dan dihormati oleh anak buah anda..