Rabu, Ogos 05, 2009

"OFIS BERGERAK" JURUTERA AWAM DI MUKAH

Pada 04.08.2009 yang lepas, kira-kira 2 hari yang lepas, penulis bersama-sama dengan Jurutera Awam JKR Mukah iaitu Engr. Toh Chee Leong ke sebuah kawasan di Kpg. Jebungan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kerja beliau. Apa yang mengkagumkan penulis adalah beliau sanggup membawa sebuah laptop dan printer ke tempat tersebut membuktikan kerja beliau dapat dibuat di sana. Wah, macam ofis bergerak la pulak. Tetapi penulis berbangga dengan beliau kerana kerajinan beliau yang sanggup turun padang dan sanggup membuka "ofis bergerak" beliau bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. Sifat ini perlu dicontohi oleh pegawai yang lain kerana kita perlu tahu bahawa keadaan di lapangan tidak menghalang kita untuk membuat tugasan seperti menaip dan membuat cetakan (print) yang berkaitan dengan tugas kita. "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Tahniah kepada Engr. Toh kerana kerajinan beliau yang tidak mengenal tempat dan masa.

Gambar Menunjukkan Engr. Toh sedang menaip sesuatu

Pandangan dari sudut sebelah kiri

Apakah yang sedang dibuat oleh beliau??

Sebuah Laptop dan printer yang dibawa beliau sebagai "ofis bergerak"

3 ulasan:

Toh Chee Leong's Collections berkata...

hahaha, itulah dikatakan "An Honour To Serve"

"Do It Right, Do It Once."

Kalau semua pegawai kerajaan macam si dia maka opis bergerak macam budaya kita memilik handphone di mana sahaja kita berada setiap pegawai kerajaan ada dia punyai laktop.

Laktop kecil amat ringin, kerja yang berat pun dapat jadi ringin sebab ringan tulang.

Terinma kasih kepada Si Putera SM di atas promote budaya Civil Servant zaman Millineum.

Putera SM berkata...

ya..semangat kerja yang patut dicontohi.baru betul kalau dikatakan pergi ke lapangan (site)..hahahha...
teknologi semakin canggih..laptop pun boleh dibawa ke mana sahaja..kalau mahu yang lebih nipis dan kecil, beli produk terbaru dari sony..
Saya bangga mempunyai seorang ketua (bos) yang bersemangat mcm anda..teruskan usaha anda..

Toh Chee Leong's Collections berkata...

hahaha