Pada 31.07.2009 yang lepas, penulis berkesempatan berkunjung ke Kuching untuk menyaksikan acara Regatta Sarawak 2009 yang diadakan di Tebingan Sungai Sarawak, Kuching pada 31.07.09 - 02.08.09. Suasana yang meriah dan keadaan tebingan yang sesak dengan pengunjung yang datang menyaksikan acara regata tersebut. Penulis hanya berkesempatan untuk melihat beberapa acara sahaja kerana keadaan yang agak sesak dan masa yang amat singkat bagi penulis berada di tebingan tersebut. Kesempatan ini turut memberi ruang kepada penulis untuk mengambil beberapa gambar acara regatta tersebut.
Rabu, Ogos 05, 2009
"OFIS BERGERAK" JURUTERA AWAM DI MUKAH
Pada 04.08.2009 yang lepas, kira-kira 2 hari yang lepas, penulis bersama-sama dengan Jurutera Awam JKR Mukah iaitu Engr. Toh Chee Leong ke sebuah kawasan di Kpg. Jebungan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kerja beliau. Apa yang mengkagumkan penulis adalah beliau sanggup membawa sebuah laptop dan printer ke tempat tersebut membuktikan kerja beliau dapat dibuat di sana. Wah, macam ofis bergerak la pulak. Tetapi penulis berbangga dengan beliau kerana kerajinan beliau yang sanggup turun padang dan sanggup membuka "ofis bergerak" beliau bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. Sifat ini perlu dicontohi oleh pegawai yang lain kerana kita perlu tahu bahawa keadaan di lapangan tidak menghalang kita untuk membuat tugasan seperti menaip dan membuat cetakan (print) yang berkaitan dengan tugas kita. "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Tahniah kepada Engr. Toh kerana kerajinan beliau yang tidak mengenal tempat dan masa.
Isnin, Ogos 03, 2009
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Yang Baru
Kunjungan saya ke Kuching pada 01 Ogos 2009 yang lepas memberikan saya ruang untuk melihat sendiri bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara lebih dekat (walaupun dari luar sahaja).
Pintu gerbang ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 yang berlangsung pada 26-30 Julai 2009.
Langgan:
Catatan (Atom)